Thursday, December 31, 2009

a short update

.
7 comments

halluuuuu!
iols bersiaran dr Hotel Royale Bintang
sambil menunggu ketibaan Mr & Mrs Jason.

diorg dtg all the way from KK *Kota Kinabalu, not Kuala Kangsar*
just for the new year countdown + shopping *i guess*
dan kami sekadar menemani..hihi..
mlm ni duk KL..
sian Totoi countdown sorg2 kat umah..


*iskkk...mencik la... huruf I kat lappy ni da rosak! kena tekan kuat2*

ok...malas nk membebel menjelang tahun baru ni..
malas nk tanya2 azam baru kamu
sbb aku tau, azam dulu pun x tercapai lagi kan...kannnn?
muahaha
x payah la kamu nk menambah azam baru selagi yg dulu x tercapai.
nanti yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran..
ekeke..

apapun, all d best la utk kamu..
juga aku (yg x punya azam baru)
ahahha..


happy new year 2010





Tuesday, December 29, 2009

CONTESTO de LOUR

.
0 comments

i was invited to join a contest organized by Mr.Zarith
sape dia?
aku pun tatau..hihi..
dia telah terjumpa ini blog & menjemput secara rawak..
*i guess.. :p *

dan sebagai menghargai jemputan itu,
here i come!

maklumat lanjut tentang contest ni,
sila rajinkan diri utk skodeng blog beliau

GIVEAWAY CONTEST BY ZARITH



supertram


aku agak konpius nk pilih pic yg mana..
sbbnya terlalu banyak piccas yg aku ada..
dan akhirnya aku pertaruhkan pic mamat ensem ni..



ok...done!

terima kasih pada Encik Zarith sbb anjurkan & jemput iols
utk join contest ni..
lain kali jemputlah lagi..
hakhakk..



Monday, December 28, 2009

Lelaki Ini

.
2 comments

Entri khas untuk lelaki ini....


dak Sham da tua..
sila la jgn suka wat2 "terencat" ek..
wakakaka

semoga dipermudahkan idup dak Sham..
murah rezeki
dilindungi dari perkara2 buruk
disayangi oleh dak Nami *hahaha*
disayangi oleh Totoi

thanks for always be there for me...
Allah sent u my way for a reason which i hv no clue yet..
but i bet it will do some gud for both of us.
you are my best friend
and
my husband.

selamat ulang tahun, sayang




glad im yours,

blerkkkk!

.
8 comments

semacam je tgk Totoi ni kannn...
macam org mabuk daaa...



mabuk tercium bau kentut sendiri kot..




Sunday, December 27, 2009

Patah Kaki Di Singapore

.
8 comments

yuhuuuu!
hows ur weeekend?
gi dating kat mana tadik?
ngn bf/gf number brapa?
hihihi..

siang tadi kami gi Singapore.
aku, dak Sham & akak dia.
kunun nk suping2 la..

mlm semalam dak Sham dah gitau,
kalo ada sweater AX kat S'pore, bli utk dia (as birthday gift).
konon nk pakai gi Cameron!
hahaha..ngade laki aku ni...
dia teringin nk gi Cameron lagi (suka beno!)
siap nk bli sweater khas utk duk Cameron, hokey!

ok..seperti tahun yg sudah, aku nk selitkan sikit
piccas of Christmas deco kat Singapore.
sangat menarik.
very colorful & blink2

outside Paragon

Ferrero Roche Christmas Tree

Paragon - full of Christmas deco

Pintu masuk Tangs
aku suka sgt tgk deco kat sini.
dlm pic ni x nmpk menarik sbb iols pakai hp sajorkk..
nk gi suping, mana plak nk bawak camera..huhu..

Santa da jd batu sbb sejuk sgt kat Kutub Utara tu

giler apa mamat ni gi tido kat display rack tu...?
gaknye letih sgt dok suping2 sampai terlanding kat situ..
wakakka
*nantikan cerita beliau di entri akan datang*

hasil "tangkapan" 3-in-1


konon2 nk beli sumthing utk laki aku..
last2, dia plak yg beli utk aku..
tebalik sudaaa!
nxt year mgkn aku patut tanya pendapat korang
"hadiah apa yg aku nak dari somi aku semasa birthday beliau?"
hakhakkk..

balik dari Singapore, keletihan yg amat.
selalu suping 3,4 jam je..
tadi gi kul 10pagi, balik kul 4.
tak ko patah kaki..?!



p/s: terima kasih, dak Sham. ailebiu..!


Friday, December 25, 2009

Aku Tengah Buntu, Mungkin Kamu Boleh Bantu?

.
9 comments

perghh...entri ngn pantun 2 kerat..
ahaksss!

yesss..its just around the corner.
and i have not done anything yet..
could not even think what to do, what to give...

..

aku buntu..
ni masuk kali ke 3 aku buntu sbb pikirkan birthday present utk dia.
aku tau byk benda yg sesuai leh bagi utk seorg lelaki.
tapi utk lelaki yg sorg ini, bukan semua benda sesuai.
sbbnya, dia agak fussy.
dan aku tak mo buat/bagi something yg akan buat dia bg komen negatif.
kalo komen2 tu boleh buat aku kenyang,
aku rasa utk setakat ari ni, 10 tahun x makan pun x apa.
terlebih kenyang daaa..huhu..
he's been so much complaining about me, this & that.
so i just hope i wont get negative point for making him happy.

Birthday pertama dia (sejak kami kenal), aku tanya apa dia nak.
[masa tu long-distant relationship]
dan atas permintaan dia, aku cuma hadiahkan 2 buah buku.
1 buku self-improvement & 1 buku self(love)-motivation.
kunun2 time tu dia suka baca buku la.
sekali tgk, buku tu terperuk je dlm laci, hokey!

ni salah 1 buku tu. ada kisah agak tragis disebaliknya..


Birthday kedua, kami dah dekat.
tapi still aku tatau apa nk kasi.
bila aku tanya, dia kata nk jam Tag Heuer
yang dia tau, aku tak akan mampu nk kasi.
he was just kidding..tp aku rasa, kalo aku hulur, mesti dia lompat gembira
cam Totoi nk terberak.
last2, apapun aku tak kasi..
huahuahua..
padan muka! nk demand sgt kan...

tahun ni kali ketiga..
lebih istimewa, kami da jadi somi-istri..hikkk..
tp aku masih x mo kasi hadiah tanpa persetujuan dia.
aku nk kasi surprise pun takleh.
sbb 24jam sehari, 7 hari sminggu kami kehulu-kehilir bersama.
apa aku beli dia tau, apa aku buat dia tau (kecuali on9 shopping!hakhakk)

siyes, aku buntu.
aku nk kasi something..tp aku tau dia tak mau.
bila aku tanya...
dia nk ni pulak...
(utk angkut rim2 keta dia)


giler demanding laki aku...!





Jantan Yang Gagah Perkasa Nyorok Bawah Sofa

.
5 comments

baru jap tadi ada org dtg umah.
selalu kalo ada org yg x dikenali, Totoi mesti mencicit lari naik tingkat atas.
tak pun, dia gi duk bawah meja makan.
ataupun, nyorok belakang sofa dekat sliding door.

Totoi tolong make over iolss punya sofa.
dia taruk rumbai2 tu.
.terror tak..?! *sigh*

kami da paham sgt da ngn peel dia.
so biarkan je la dia nk sembunyik kat manapun..
tp lepas org tu blk, aku x nampak pun dia kat tempat2 biasa

"iolsss takot la, papa"

rupanya dia duk bawah sofa yg lain pulak.
yg klakarnya, ruang tu cukup2 je utk dia baring.
nak masuk dalam tu pun kena berusaha dgn gigih, ok!

tgk la tu bulu2 dia penuh kat bawah sofa.
kalo dikumpul2, leh buat kucing lagi sekor...



tak dapat dinafikan bahawa Totoi memiliki susuk tubuh yg sangat mantap.
tapak kakinya sahaja dah separuh tapak tgnku..
babatnya juga separuh babatku..
bila ku tunjal, melantun2 seperti papan anjal.
huahuahua

x payah cakap bab saiz la,
tgk muka pun mmg bengis ngalahkan Sarjan Misai dlm citer Gerak Khas.
wajahnya menggerunkan.
kekadang aku kesian gak kat beliau...
bila tgk makhluk sespesisnya, mesti dia nk dekat..
konon nk geng la.
tp selalu jugak la dia dijauhi.
kenapa?
sbb dia plus size!
see!
binatang pun ada sifat prejudis..



p/s: kalo aku buang kucing kenan badak ni, ada yg nk kutip tak?muahaha



Wednesday, December 23, 2009

Masa Untuk Shopping!

.
5 comments

helo kaki2 shopping sekalian..!
da gatal tgn nk buang duit?
poket rabak sebab duit tebal sgt?

silalah usung guni duit anda pada waktu & tempat berikut:


25-Dec-2009 To 03-Jan-2010

SkyPark Terminal, Open Car Park,
Sultan Abdul Aziz Shah Air Port,
Subang, Selangor.




p/s: shopping utk iolss skali yek.



Sunday, December 20, 2009

Bila kami tak cukup kaki & tangan, masa tolonglah bergerak perlahan

.
12 comments

sminggu ni aku rasa muscles lenganku mengembang dgn jayanya.
kakiku pun da sekeras tembok batu pagar umah dak Sham.

actually its been a hectic week for both of us.
terkejar ke sana sini...
kalau la ada 2 dak Nami & 2 dak Sham, alangkah bahagianya.

5/12/09 ari tu abg aku kawen..
[woopss..terkantoi iolss "ter"kawen dulu dr abg iols kann]
wife dia org Ulu Langat.
so majlis nikah wat kat sana.
balik dr majlis tu, kami bawa balik mak bapak, kakak & anak sedara aku ke JB.
3 ari 2 mlm je dorg kat sini.

pastu antar dorang gi Melaka.
the next day kami gi KL antar barang plak.
balik dari tu, ada je la aktiviti kat sini.
mmg bz sgt.

and since last week, kami sibuk uruskan kedai.
sorg pekerja coti sakit.
yg sorg ni x reti nk buat dry cleaning.
terpaksalah big boss (dak Sham) turun padang.
gile sesak kat kedai byk barang tertangguh x basuh.

sian kat budak tu buat keja sorg2.
aku pun join la skali menyibukkan diri.
tapi aku mampu menggosok baju je la.
dry cleaning aku reti pandang je mesin tu..hekk..

tp banyak2 task kat kedai tu, menggosok baju la paling memenatkan.
sbbnya, kena berdiri lama, angkat iron bapak gajah...
dgn panasnya lagi...
gosok pun kena licin2, bukan asal gosok je.
perlukan kesabaran & ketelitian yg tinggi, hokey..!
nanti part sini da licin, part seblah lak kedut2..
kadang2 dok ulang gosok je part yg sama.

kalo yg da biasa & ada skill tu, cepat je la siap.
kalo yg ala2 cam aku ni, 4 jam aku leh siapkan 24 helai je.
paling x suka gosok trousers & shirt.
leceh gile..
kalo kena lak customer yg cerewet gile, sampai gile la kamu menggosok baju dia je.

sorang staff ni nak cabot sbb nk buka biz sendiri.
yg sorang ni plak cabot dgn memberikan surprise kat kami.
alih2 je ilang.
kami igt bleh la harap budak ni bila akak tu takde.
skali, dia dulu cabot daaa...
hampeh...

mgkn dia takut nnt dia kena handle everything kat kedai.
dia stress...takut nanti buat silap.
sbb da beberapa kali dia rosakkan barang org.

so buat masa ni kami kena turun padang..
2 org staff baru masuk semalam.
dont know what to expect.
selama ni tak pernah amik local people.
org Indon je...x da la nk demand2 kan.

harap2 dorang tahan lasak la keja kat situ.
banyak lagi yg dorang kena belajar.
[yg bercerita ni pon sama]
jgn plak x sempat nk pandai, dah cabut lagi..

i dont mind la kena duk kat kedai tu..
janji ada laptop & internet..
boleyyyy boss?




Tuesday, December 15, 2009

Original CROCS Lily Women to let go!

.
10 comments

Crocs™ Lily flat
Gold/Chocolate
W7-CROCS size (equal to size 6 - normal size)
Comes with CROCS Tag, CROCS hanger, CROCS woven bag, receipt
(mcm bli kat store je kan..? :p )


aku beli flat ni 4/12/09 kat Jusco Bukit Tinggi ari tu.
masa try tu ok je.
sedap pakai sebab ringan.
bila da pakai, aku rasa sakit kat jari kaki sebelah kiri.
then baru aku sedar, jari kaki sebelah kiri panjang sikit dr sebelah kanan.
sbb tu aku x selesa.


aku beli dgn harga RM169.
x da discount pun.
ni one of latest design, x da jual pun kat CROCS warehouse sale ari tu.
YES dpt 10% je kot?
for sure i have to let go cheaper la kan.
ada sape2 nak?
offer me your price
jgn memalu..hikk..

do not worry bout the condition.
aku pakai skali kejap je.
condition almost new.guaranteed!
aku da bersihkan, so x da apa2 kotor & bau, ok!
now da simpan elok2.
kalo x puas ati ngn condition, bleh return.

kalo kasut ni W8, sure da jalan..
sbb da 3 org berminat tp saiz x ngam.
so, tolonglah aku clearkan kasut ni..
sayang nk simpan je, tapi lg sayang kalo nk bg free je..
muahahaha





Auntie Anne Tersayang

.
5 comments

sejak dua menjak ni aku & dak Sham slalu rindu kat Auntie Anne.
kat KL senang la nk jumpa tp kat JB ni susah skit.



Auntie Anne's "pretzel perfect" - absolutely!



favorite dak Sham, Almond Caramel (ke Caramel Almond?)
kalo makan panas2, perghhh...nikmat!
ailebiu Auntie Anne's!




Monday, December 14, 2009

Ko nak aku kasi cermin ajaib kat ko ke?

.
10 comments

haluuuu...
ada org ke x ni?
aku nk ngompat ni weh..
ada nk join tak?
hihi..
kalo rasa2 diri tu BUKAN bizi body, sila klik tanda X kat atas nunnnn..
syoohh...syohhh...

sbnrnya aku nk luahkan rasa jengkel..
eh..korang tau tak apa tu jengkel?
some thing like annoyed/irritated

igt tak dlm entri lepas aku cakap2 psl perangai org kat FB tu?
dan sebolehnya aku mmg try to avoid those people.
ari ni aku TERRRapprove request dr someone who seems familiar...
tapi aku x dpt nk recall sapekah minah tu.
aku tatau dr mana dtgnya dia..
[mungkinkah dr blog ni?]
walaupun x da mutul frens, aku approved jugak (sbb rasa familiar kann)

so, bila da approve tu, aku dpt la tgk profile beliau.
seorg yg bleh tahan cantik.
fair skin, beautiful eyes, long wavy hair..

sejuknya ati bila baca status dia dgn hadis bagai..
serious!
bleh kata smua status dia berunsurkan hadis
sampai aku x igt pun kalo2 ada status merepek2 (x mcm aku yg suka merepek!)

well, maaf ckp yer..
aku ni hati terlebih itam kot.
kalo ko bukan ahli agama dan ko dok sebok berhadis bagai,
aku skip je apa yg ko bebelkan tu.
tau nape?
bg aku ko mmg PLASTIK.

kalo ko paham apa yg ko tulis tu, kenapa ko masih begitu?
free hair, x menutup aurat, etc..
kalo ko nk ajak org buat kebaikan, kenapa ko tak beri contoh terbaik?
cukupkah sekadar berhadis berdakwah bagai sedangkan ko sendiri masih mungkar?

well, thank you for sharing those hadis.
tp aku nk tau apa motip ko?
ko ikhlas ke?
kalo ko ikhlas tapi x paham apa yg cuba disampaikan,
aku rasa ko x layak nk berdakwah.
sbb akhirnya ko akan buat org konpius.

ok..tried very hard not to take it seriously.
but then, aku terbaca status dia
yg ditujukan utk perempuan2 yg bercukur/cabut bulu kening.
{ouchhhh..mak terasa!}
bukan main lg dia bg berdas-das.
siap sebut iblis suma, Allah laknat la, etc..
oppsss...sorry.aku x sempat nk igt ayat2 dia sbb aku terus remove dr friend list aku..
yg penting, bagi org2 yg berkenaan (like me) mmg terasa abih la.

heyyy...aku tau la apa yg dia ckp tu btul.
aku x kata dia salah.
aku tau dosa yg aku buat.
dan aku mungkin akan berterima kasih kat dia sbb igtkan aku.
itupun kalau dia at least bertudung litup & berpakaian muslimah sejati.
hakikatnya, dia pun menayang aurat.
adakah itu x dilaknat oleh Allah?

pleaseeeee wake up, young girl!!
ko nk org puji ko sbb ko berkata2 indah..
berbunga hadis?
sedangkan ko sebenarnya sgt BODOH bg aku.
ko gunakan kesilapan & kekurangan org lain utk berdakwah
tapi disebaliknya, kesilapan ko yg nyata (x menutup aurat) ko skip aje?
yea..ko mmg b'tuah.kening ko cantek smulajadi...
x payah la ko menanggung dosa nk bentuk2 kening bagai kan?
tp aku teringin gak nk tau,
ko pakai tudung ala2 wig ke apa utk tutup rambut ko tu?
salah org ko nmpk, salah ko x plak ko sedar ek?
banyak cantek muka ko?!
mana ko blajar ha?

ni la perangai manusia..
kekadang riak x sedar diri.
konon2 nk menasihati ke arah kebaikan,
tp sebenarnya riak dgn bodohnya.
kalo ko ikhlas nk berdakwah, be fair!
jgn salah yg ko buat ko diamkan...
tapi bila ko x salah, ko beriya nk igtkan org lain tentang kuasa Tuhan.

aku da muak la dgn org mcm ni.
aku jeles?
gi mampus la..

aku teringin sgt nk komen kat status ko tu..
mcm bagus je kan..
mcm alim gitu..
aku nk tanya, "abih tu kalo x menutup aurat, Allah x laknat ke?"

kamu2 yg baca entri aku ni, tlg pahamkan apa yg aku cuba sampaikan..
aku bukan nk hentam org yg cuba menasihati org lain..
atau org yg cuba berdakwah.
ikhlas ckp, aku sgt respect org2 begitu
walaupun dia seorg mualaf ke, atau pernah punya sejarah hitam..
bg aku suma org boleh mengajak utk lakukan kebaikan.
tp tolonglah dgn cara berhemah & patut.
aku melihat kebaikan seseorg bukan dr sejarah lampau dia.
tapi siapa dia skrg.

tapi dlm kes pompan ni,
pada aku UNACCEPTABLE.
ni bukan nk berdakwah atau nk menasihat.
tapi nk tunjuk bagos.
setakat copy paste hadis2 tu, tp ko sendiri tak amalkan,
JUST FORGET IT!

ko igtkan org tentang kelaknatan Allah.
at the same time, ko pun mungkin ahli terlaknat jugak.

hohhh..aku sgt marah.
bukan marah sbb org menegur salah aku..
tapi marah kePLASTIKan melampau si perempuan.
aku ngaku, aku x pakai tudung & aku bentukkan kening.
bukan tu je dosa aku..
banyak lagi..
dan aku tau, ramai lg org diluar sana lg teruk dr aku.
tapi aku percaya tiap org akan tiba masanya.
tak perlulah nk canang pahala ko yg sedikit sedangkan dosa ko melambak x abis zaman.

jgn takut utk menasihati aku.
jgn takut menyampaikan dakwah padaku.
tapi TOLONG CERMIN DIRI ko dulu sblm ko berkata apa padaku.





aku yang berdosa,

Tuesday, December 1, 2009

Entry bermalas-malasan

.
10 comments

aku teringin nk update blog ni..
byk benda dlm pala hotak aku nk share kat sini.
tp aku malasssss sgt la nk naip..
mungkin sbb x ada motivation.
[cehhh..blogging pun nk motivation bagai!]
http://www.emocutez.com
da byk kali aku citer yg aku duk kat FB je kan..
skrg ni pun da mula bosan ngn FB.

oh yea...utk kamu2 yg add aku...
mgkn sampai skrg aku x accept request kamu.
maap la yer..aku mmg ignore je org yg aku x tau asal usulnya.
unless ko ada reason nk add aku..
maksud aku, add utk jd "jiran" kat ladang2 aku tu..
atau mungkin, walaupun kita x kenal sgt, tp kita tau sapa ko & aku.
kalo takat add suka2, aku mmg boh layan.
kalo ada mutual frens, mgkn aku pertimbangkan..

aku bkn selebriti pon kamu nk skodeng & follow sampai ke FB bagai..
kalo mmg kenal tu lain citer la kan
(kenal baik kat cyber je = acceptable).
kalo takat "ko layan FB? aku pun layan FB, jom la add!", baik tak payah.
sounds kerek tak aku?
http://www.emocutez.com

*dlm usia mcm ni, aku cuma perlukan kualiti, bukan kuantiti*

masa muda dulu2, bleh la.
kat myspace & friendster tu x kenal pun add je laaa...
konon2 ramai la nk kwn ngn kita, ramai peminat gitu...
lagi2 kalo taruk piccas santek2 kannn..
org tu add saje je nk tgk piccas.
kan ada spesis manusia yg suka nk tgk life org len.
bkn nk kwn pun sbnrnya..lps add, senyap aje.
kalo ada yg still respon tu,tgk je la brapa lama dia kerajinan cemtu..
da lama2 pon senyapppp jugak.
http://www.emocutez.com

lgpun aku ni bkn rajin sgt pun nk layan peel org.
lagi2 kalo yg budget mcm bagus je.
kekadang nyampah gak baca status2 kat FB tu...
mcm ramai je manusia plastik kat dlm tu..
[aku pon plastik gak kekadang..i admit that]
ada yg mcm ala2 ahli syurga, ada attention seeker, ada yg manjang je PMS..
mak x koser tawww..

"oh well, FB dorg...suka ati la nk taruk apa kann..
yg ko sebok nk hentam nape? x suka, x yah baca"

eyyy..aku mmg skip je la status2 mereka yg berkenaan.
tp kekadang TERRRbaca gak...iskkkk...!
bkn kat FB je..blog pun sama.
kalo agak2 entry yg mcm ada potensi wat aku meluat, aku mmg x baca punya.
dun wori la!
http://www.emocutez.com

p/s: menyampah2 pun, dorg tetap ku anggap kwn.

******************************************************

skrg ni aku da jarang la blog walking.
jgn kata blog walking, tgk blog sendiri pon malas!
gaknye aku kena tukar layout la.
da bosan lak ngn kucing2 ni.
tp malas gak nk kerjakan scrapbook tu..
aiyahhhh...
x abih2 ngn malas!
http://www.emocutez.com

lately kami byk travel la..
so masa agak terbatas.
bila ada masa, malas plak blogging.

ni pun aku da bosan tahap gaban..
x tau nk watpe. FB pun slow aje...
laki aku ngah tido *ujan ni*
igt tadi nk kuar gi kedai, masuk S'pore..
x jadi lak.
terkontang-kanting la aku dpn lappy ni.

ok la.. aku blah dulu la.
nk gi tangkap ikan lak ni..
take care uolsss..
http://www.emocutez.com


Wednesday, November 25, 2009

Jalan2 Cameron Highlands

.
5 comments

22-23 November 2009

tengok piccas je la ek.. aku mls nk naip ni...
entry ni pon da 2 ari terperap dlm draf.
igt nk tggu cik rajin dtg..
tp da 2 ari x dtg gak, so aku publish je la...hikkk..


tgk la pic paling atas belah kanan..
nmpk sgt mataku yg "tembel" tu..
da berbulan x baik2..
da gi klinik ari tu.. doc kasi 2 jenis ubat.
aku slalu skip mkn ubat tu..
sbbnya..bau ubat tu sebijik cam bau kencing Encik Totoi!
tajam sgt baunya..
siyes aku x tahan.
tutup idung pun, bila sendawa, bau tu leh kuar balik!

korg ada petua x nk ilangkan tembel tu?




Salam Aidil Adha buat kamu, kamu & kamu juga...



Tuesday, November 24, 2009

Lima Kosong Dua

.
5 comments





Friday, November 20, 2009

Ko pikir aku suka ko??

.
3 comments

do u love me??



ko igt aku senyum2 tu aku suka ko eh?
ko igt aku baik ngn ko sbb aku suka ko eh?
ko pikir aku suka ko?
*siapa "ko" tu?*

haaa...aku teruja nk wat entry psl ni..
tp ari ni aku malas nk taip panjang2..
so, aku tangguh ke lain waktu yg aku rajin yea..
tungguuuuu...

kita menom duloooooo!