Showing posts with label FaktaBukanAuta. Show all posts
Showing posts with label FaktaBukanAuta. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

TEKNIK BERTENGKAR SECARA POSITIF

.
0 comments

Assalamualaikum
waalaikumsalam...
Tajuk entri kali ni "teknik bertengkar secara positif"..
amat sesuai utk anda2 *dan juga saya* yg salu hadapi situasi cemni...
artikel ni aku amik dari emel yg kwn aku forward. sumber sebenar, x dpt dikesan...harap maaf..

1. Jgn Terlampau Byk Bercakap
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah.. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.


2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan
Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.


3. Jgn Membalas Perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah.Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada pasangan anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri..


4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan
Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5. Fokus Pada Masalah
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.


6. Jgn Tinggikan Suara
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.


7. Gunakan Panggilan Manja
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.


8. Elakkan Terlalu Emosional
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.


9. Gunakan Perkataan Yg Baik2
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"


10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat bermesra-mesra sesama sendiri.


11. Dengar Luahan Pasangan
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12. Jgn Bergaduh Depan Anak2
Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2 keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13. Bersabar
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.


14. Say NO To Third Party
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15. Mengalah Tidak Bererti Kalah
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera
meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.

Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.


17. Luahkan
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18. Pelukan Dan Kemaafan
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Renung-renungkan & selamat beramal... =)

Thursday, December 27, 2007

ARTICLE : A GOOD THING TO THINK

.
0 comments



People come into your life for a reason, a season or a lifetime. When you know which one it is, you will know what to do for that person.


When someone is in your life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend and they are. They are there for the reason you need them to be. Then, without any wrongdoing on your part or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. The prayer you sent up has been answered and now it is time to move on.


Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it, it is real. But only for a season.


LIFETIME relationships teach you lifetime lessons, things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.





Wednesday, April 18, 2007

Ambillah waktu Untuk Bercinta

.
0 comments

by: Dr.HM Tuah Iskandar Al-haj



Ambillah waktu untuk bercinta. Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, beri kita kekuatan dan makna sebuah perhubungan.


Tatkala pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu menguranginya. Tatkala kelaparan rasa cinta masih mampu memberikan kekuatan. Tatkala resah digelut masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega. Itulah kekuatan cinta. Ia satu perasaan yang mampu berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudian pergi. Semakin lama akan semakin dalam dan akan semakin menebalkan perisai yang memberi perlindungan. Jika ia singgah sebentar kadang-kadang tergamit juga hati tatkala sunyi.


Cinta adalah mekanisme untuk berasa kuat tatkala lemah, kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani tatkala takut dan lain-lain seumpamanya. Maka itu, cinta tidak boleh dipandang lekeh sebab kekuatannya mendorong Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mengembara ratusan tahun untuk kembali bertaut. Kasih sayang adalah kenderaannya cinta. Cinta terpupuk hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit-bibit kecil. Tatkala seorang telah cinta kepada TUHAN-nya, dia sanggup memperhambakan dirinya tanpa takut dan penat. Biar apapun ancaman yang diberi, TUHAN masih dilihat utama. Cinta sebegini adalah paling agung. Seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan lebih jauh tetapi seseorang yang sedang digelut cinta juga boleh menjadi teramat lemah.

Memang manusia masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang manusia tanpa perasaan sayang. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk menyintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan TUHAN.


Membina Peribadi Anggun

.
0 comments

By : Dr.HM Tuah Iskandar Al-Haj
Aku mo kongsi sebuah artikel menarik yg aku baca dr website ni. Agak menarik artikel ni. Sebagai panduan utk diri sendiri & sahabat2ku... Baca & nilai diri sendiri.... Anggunkah kita???
Binalah peribadi anggun, ia wajib bagi seorang gadis.
Ia juga wajib bagi seorang wanita dalam apa jua status anak dara, isteri, janda
mahupun nenek.

Anggun adalah gabungan pada semua yang seharusnya ada pada seorang wanita, tidak semestinya ia bermaksud cantik tetapi anggun adalah anggun. Ia makna yang tersendiri dan membawa erti yang cukup besar dalam diri seorang wanita.

Seorang wanita tanpa keanggunan ibarat seorang lelaki tanpa kemachoan. Seperti pokok tanpa daun, apalah istimewanya. Seperti kereta tanpa roda, apalah ertinya. Seperti rumah tanpa pintu dan tingkap, apalah maknanya.

Keanggunan lahir semula jadi, tetapi ia juga boleh dibentuk. Seseorang yang dilahirkan kasar masih boleh menjadi anggun apabila mahu menyerlahkan kewanitaannya. Jika dia selesa dengan kekasaran yang semula jadi itu, ia akan terus menjadi seperti itu dan sifat-sifat keanggunannya akan terhakis sedikit demi sedikit.

Sebaliknya, seorang yang dilahirkan anggun dengan ciri-ciri kewanitaan semulajadi, boleh bertukar kasar apabila dia menghendakinya begitu. Keanggunan dilapik dengan gaya yang menghentak, turutkata yang kuat, bertindak ala lelaki dan sebagainya, lama-lama keanggunan akan hilang berganti dengan kelelakian, sedangkan dia seorang wanita. Sudah tentu tidak match, sebab dunia mengukur begini; apabila seseorang itu dilahirkan sebagai wanita dia perlu memiliki sifat-sifat kewanitaan sejati. Dan tiada ertinya seorang wanita tanpa keanggunan.

Apa itu anggun? Anggun adalah gabungan pada semua keindahan yang perlu ada pada seorang wanita lembut, berhemah, menyejukkan mata. Bunga dipandang cantik apabila ia berwarna-warni. Pada tahap ia kembang penuh itu adalah tahap kecantikan yang maksimum yang ada padanya. Ketika itu ia adalah sebenar-benarnya bunga.

Bayangkan sekuntum bunga tetapi warnanya pudar, kelihatan layu dan tidak segar, bukankah itu mencacatkan mata kita yang memandang? Memang ia masih bergelar bunga tetapi bunga yang tidak menawan, bunga yang tidak dikehendaki dan bunga yang tiada serinya lagi. Apalah ertinya sekuntum bunga yang sudah kehilangan ciri-ciri bunganya.

Bunga perlu harum. Apabila harum ia akan diminati. Ia akan didekati, dibelek, dibelai dan dicium. Bunga perlu kembang indah. Apabila ia kembang indah ia akan disunting untuk dijadikan hiasan meja. Bunga yang tidak harum dan tidak kembang indah akan kekal di tangkainya hingga kumbang pun tidak sudi datang.

Wanita perlukan keanggunan sebagaimana bunga perlukan keharuman dan kembang yang mempersona.

Kamus memberi makna kepada anggun sebagai bagus, elok, kemas pada pakaian dan tingkah laku serta gaya . Dalam bahasa Inggeris ia diistilahkan sebagai neat, nice, well-dressed. Apabila dicantumkan pada perkataan peribadi, maka membina peribadi anggun ialah proses mencantumkan kekemasan, kebagusan dan keelokan pada perilaku.

Mahkota dan maruah seseorang wanita terletak pada keanggunannya, bukan kecantikannya. Wanita cantik boleh ditemui di mana-mana sebab maknanya subjektif tetapi wanita anggun sukar ditemui sebab maknanya unik.

Jika anda telah diistillahkan anggun oleh seseorang, ketahuilah anda telah memiliki segalanya yang diperlukan oleh seorang wanita. Jika anda belum diistilahkan begitu, sekarang masanya untuk membina keanggunan. Ia satu proses penting yang sentiasa mengguntungkan.