Friday, August 14, 2009

TAG dari Moon a.k.a Cik Epal

.


Tag dari Cik Epal ni bertajuk 10 Ciri2 Lelaki/Wanita Idaman. Sblm aku jawab Tag ni, nk membebel sikit la..bley?hihi... Aku suka jawab tag ni (mekaseyyy Moon laling) walaupun soalannya aku rasa kurang relevan ngn status aku diketika ini..hakhakk..

Dan sebenarnya... dengan sejujurnya, aku ngaku yg aku tak pernah punya list sebegitu. Keinginan tu ada, tapi bila dah suka seseorang, aku terima semua kekurangan & kelebihan beliau tanpa prejudis. Paham tak maksud aku ni? Pendek kata, aku tak mencari pasangan berdasarkan kriteria2 yg aku nak...cuma bila aku rasa selesa ngan seseorang, aku akan belajar menerima semua tentang dia. Dan aku x mudah nk suka & selesa ngn org (baik laki maupun pompan). Bila aku rasa selesa ngn seseorang, mmg aku akan rapat.

ok..mcm dh melencong ke longkang lak nih.. meh la jawab tag nih..

senaraikan sepuluh ciri-ciri lelaki/wanita yang menjadi idaman korang.
lepas tu tag lima orang yang korang rasa nak tag.

1. lebih tinggi dari aku
aku ni kan petite.. so utk balancekan zuriat, aku nk laki yg lebih tinggi. kalo pilih yg sama saiz, kang dapat anak cam dwarf lak.

2. lebih berpendidikan & bijak dari aku
MESTI ok! at least ada Diploma la.. sbb aku nk anak2 yg pandai. Aku nk pasangan aku pentingkan pendidikan anak2. bukan reti bergaya jek.. tp otak kosong. Lagipun aku dibesarkan dlm family yg pentingkan pendidikan. semua org leh je blajar sampai U (kalo rajin blajar). tapi x semua org dikurniakan pemikiran yg bijak. yg aku maksudkan ni ialah bijak semulajadi.


3. yang beriman
Suma orang nak pasangan yg baik2 kan.. lagi2 kaum pompan.. pasangan yg bleh bimbing kita. best bila sekeluarga dapat sembahyang jemaah bersama..

4. tak kedekut/lokek
Siyes aku nyampah ngn orang kedekut! Suka menerima tp x suka memberi. Aku ni consider pemurah la jugak. Bila byk duit, aku suka nk blanja org makan, tgk wayang, sumtimes bli benda yg aku suka then kasi kat org lain. Itulah antara sebab kenapa aku x wat saving...hahaha.. Lagi2 bila dapat kasi sumthing yg wat org lain hepi...aku rasa lbh hepi... so aku tak nak lelaki kedekut sbb aku takmo dia pengaruhi aku jd seorg kedekut!

5. baik ati
baik ati pelbagai jenis kan.. payah la nk elaborate.. Tapi secara ringkasnya, aku suka lelaki yg tak suka nk susahkan org lain, yg membantu org dlm kesusahan, yg punya belas ihsan kat org lain...

6. menerima aku seadanya & mengubah apa yg negatif tentang aku
certain orang nak si dia terima dia seadanya, tanpa mengubah siapa dia yg sekarang..
sedarkah anda, "seadanya" yg ada pada kita tu mesti ada yg negatif kan? salahkah kalo kita ubah yg negatif itu kepada yg positif? tak salah jika si dia cuba mengubah kita utk kebaikan kita kan?


7. bersih & bergaya
aku ni takla pembersih sgt. tapi aku x suka kotor2 hoccay! meludah tak kira tempat, korek hidung kat public..puhlisssss NO! aku suka lelaki yg jaga kebersihan & tak selekeh. tau bergaya ikut masa.tak perlu la ala2 artis gitu kan... tp tau apa yg sesuai dipakai, bila & dimana. x suka lelaki berMISAI. lagi2 misai yg mcm kucing tu kan..x trim... nmpk sgt pemalas dan selekeh..


8. lelaki yg pandai bawak diri
bukan masuk bakul angkat sendiri tu... tapi tau cemana nk cope up with situation. jgn la bila ngn kawan2 huhahuah..then bila jumpa org tua, tanya 1 jawab 1. kan bagus kalo pandai amik ati.. amik ati family kita je..bukan amik ati pompan lain..hihihi..


9. lelaki penyayang
x kisah le sayang org ke, sayang kucing ke.. (jgn sayang pompan yg tak berkaitan, sudah!).

10. open-minded
akan selalu berkongsi apa je ngn kita. menganggap kita bukan je pasangan, malah sahabat baik dia. berkongsi pendapat, idea.. tak malu utk berbincang apa saja termasuk kekurangan, kelemahan, kesedihan dia..


next, 5 org yg hendak di Tag.. ni yg aku lemah ni..hahaha.. siyes aku x suka nk tag org sbb aku tatau org tu suka ke tak aku tag dia. aku x nak la org2 yg berkenaan rasa terpaksa je jawab tag dr aku kan. lain la aku... pantang kena tag, mesti laju je nk jawab...hakhakk..

tapi aku pasti, cik Ain Ping mesti suka jawab tag kan..kan..hihi... so, Cik Ain, jawab plisssss...



p/s: dear dak Sham, kalo anda rasa kriteria2 di atas takda pada anda, dun wori, ok! dak Nami tetap sayang awak... (rasanya anda memenuhi 80% drpd kriteria di atas kann.kannn?hihi)


0 comments