Friday, June 5, 2009

Email Pukau Atau Buat2 Kena Pukau?

.

Entry kali ni berkaitan ngan entry yg lepas, "Email Pukau???" .
Kita tengok apa reaksi pakar IT dalam hal ni.

KUALA LUMPUR: “Pukau mahupun santau tidak boleh dihantar menggunakan gelombang Internet,” kata Naib Presiden Dapat Vista Sdn Bhd yang juga pengasas dapat.com, Azli Paat.

Menurut pakar teknologi maklumat berkenaan, secara logik e-mel hanya mengandungi teks susunan ayat serta gambar dan dijadikan tatapan kepada pengguna mahupun sebaliknya.

“Saya berpendapat tidak mungkin ia boleh menyebabkan sesuatu yang memudaratkan sehinggakan boleh memukau penggunanya.

“Manakala, berdasarkan kajian saintifik pula, e-mel tidak pernah mendatangkan kecelakaan mahupun kesan sampingan,” katanya.

Katanya, kejadian seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa terpukau akibat e-mel itu sama dengan kejadian penularan SMS santau yang berlaku tahun lalu.
“Kepercayaan masyarakat kita kepada benda tahyul membuatkan remaja berkenaan belajar menggunakan sebab serta alasan itu sedangkan e-mel yang dibacanya itu tiada kena mengena dengan tindakannya lari dari rumah,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan keghairahan seorang remaja perempuan melayari laman sembang bertukar tragedi apabila dia dilarikan seorang lelaki warga asing selepas terbaca e-mel misteri yang diterimanya.

Difahamkan, kandungan emel itu hanya tertera perkataan `cinta berahi’ dengan tulisan merah, namun tulisan berkenaan dikatakan mempunyai kuasa luar biasa kerana mampu memukau sesiapa saja yang membacanya.

Sebaik bertemu, mangsa sekali lagi dipukau sebelum dilarikan dan disembunyikan di lokasi tertentu.

Mangsa, Nur Fawa Adila Badrul Hisham, 15, melarikan diri dari rumahnya pada 20 Mei lalu dengan alasan menghadiri kelas tambahan bagaimanapun dia ditemui semula oleh bapanya dalam keadaan separuh sedar.
-Sumber Harian Metro, 5 Jun 2009

Mungkin jugak budak pompan tu cuba mereka cerita utk cover kesilapan yg dia dah buat?
atau...
Tok2 bomoh skrg neh mmg dah bertambah cerdik & celik IT gitu...?
MySpace


0 comments