Thursday, June 25, 2009

Ya...Gelakkan La Orang Lagi

.

aku baru je dpt emel dari BFku..
dalam emel tu ada sekeping gambar pengganti diri dari beliau
*wakaka*

bunyi emel beliau:



wakakakakakaka... mcm bobo naik bus plusliner pkai seat belt

*bobo itu aku*
ya incik Sham..sila la gelakkan saya..
saya suka sangattttt tgk anda tergelak...
sangat cumel mcm apek2 jual eskrim..
MySpace

alkisahnya pada 22 Jun 2009
kitorang (aku, dak Sham & ibu beliau) gi KLIA naik bas Plusliner dari Shah Alam.
sebaik bas tu sampai kat terminal bas Seksyen 17 tuh, kitorang pun naik la.
aku trus duk seblah dak Sham.. Ibu kat seat seblah.
tetiba...

dak Sham : weyyy..ingat naik kapal terbang ke?
aku: ..... (blur jap)
dak Sham : wakakaka *gelak2 cam apek tak cukup gigi*



ibu pun gelak sama...dan aku, tanpa rasa bersalah turut gelakkan diri sendirik.

rupanya aku telah TERRRRfeeling2 duk dalam kapal terbang.
naseb baek la hanya kami bertiga yg menyaksikan kejadian itu.
tak la malu sangat kannn...hikk..

nk kata aku teruja sgt nak balik kampung, tak jugak..
mungkin sbb dah lama x naik bas & terbiasa pakai seat belt dalam keta, aku pun dengan selamba memasang seat belt yg ada kat passanger seat dalam bas tu..

gaknya ni la balasan Tuhan..
aku pernah gelakkan sorang minah Indon a.k.a bibik..
masa tu nak gi Jakarta.
Bibik tu lambat check in. Punya la clumsy + panic.
sian gak dia.. suma barang dia kena hand luggage.
x leh masuk kargo dah.

kalo x silap, ada 3 @ 4 beg dia bawak masa tu.
naseb la beg kecik2.
beg bimbit pun dah jadi beg galas dibuatnya.
tangan kiri kanan ada beg plastik...
naseb bek dia x angkat barang2 tu pakai kaki.
terkial2 dia bawak barang2 dia.

masa nk boarding, siap potong line lagi.
tengok gaya dia memang gabrah sgt la..
takot tertinggal flight kot..

dah boarding, dia kena duk paling belakang plak tu.punya jauh dia nk gi duduk.
ngan barang2 dia yg x cukup tangan nk bawak tu...
dah duduk tu, cabin crew pon wat demo langkah2 keselamatan tu kan..
blum pon kapal terbang berlepas, dia dah selamat pakai safety jacket tu..

siyes gelak x tahan.

pramugari tu pon tegur la dia.
tapi aku tak tengok lak riak muka pramugari tu..
tapi kalo aku la, aku rasa pecah gelak aku kat situ gak..

tak sangka, sampai gak turn aku kena gelak sbb pakai seat belt dlm bas..
huhhhhhh...!




moral of d story: tak bek gelakkan orang.



0 comments